Program Majlis Berbuka Puasa Mukim Kg Chengal
9 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 Jun 2018 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Mukim Kg Chengal. Program “Majlis Berbuka Puasa” adalah Program Tahunan yang dianjurkan oleh Masjid Mukim Kg But. Objektif perlaksanaan program adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli kawasan Rukun Tetangga Mukim Kg But bersama dengan Rukun Tetangga yang berdekatan bersempena bulan yang mulia disamping menerap semangat kerjasama dikalangan komuniti dan agensi yang terlibat.
Disamping itu, program ini juga menandakan bahawa Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh masyarakat yang beragaman islam tidak lama lagi. Di antara pengisian program ini adalah gotong royong, mamasak dan sebagainya.
Anggaran seramai 300 orang ahli rukun tetangga yang turut serta dalam program ini. Interaksi di kalangan peserta yang terlibat amatlah baik dan menggalakkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: